ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR


Maksud Firman Allah SWT
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali Imran ayat185.

Menurut firman Allah SWT tersebut kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita semua di jamin oleh Allah SWT bahawa kita akan di bebaskan daripada Api Neraka dan dimasukkan kedalam Syurga itulah erti kemerdekaan sebenar. Kegembiraan kita di dunia bukanlah kegembiraan hakiki,yang hakiki dan sebenar ialah selepas kita meninggalkan dunia ini. Disaat kematian orang beriman Allah SWT akan akan menayangkan segala kebaikan kepadanya sehingga ia cinta untuk bertemu dengan Allah begitulah sebaliknya orang yang tidak beriman akan ditayangkan kepadanya kejahatan selepas kematiannya sehingga dia benci untuk bertemu Allah SWT. Benarlah sabdaan Nabi kita Muhammad SAW bermaksud : Sesiapa yang suka bertemu Allah, Allah suka untuk bertemu dengannya. Para sahabat Nabi SAW amat takut dan gerun apabila disebut tentang kematian berbanding Syurga dan Neraka . Ayat tentang kematian lebih ditakuti dan digeruni kerana kematian adalah awal dan permulaan Alam Akhirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Kematian adalah permulaan alam Akhirat sesiapa yang berjaya di alam Barzakh maka selepas itu ( Mahsyar ) lebih mudah baginya, tetapi sekiranya di Alam Kubur ia sudah disiksa ,maka apa yang selepas itu pastilah lebih susah dan sukar baginya. Setelah semua manusia berada beberapa lama di Alam Barzakh barulah di bangkitkan ke Mahsyar, disana umat manusia akan di himpunkan dalan pelbagai keadaan .Ada yang peluh mereka sampai ke lutut,ada yang sampai lemas dalam peluh mereka sendiri .Ada yang diubah bentuk menjadi semut hitam dan pijak olah manusia lain. Waliyazubillah min zalik. Dalam suasana yang amat gelap gelita kepanasan yang amat membara sehinggakan dikatakan abarat matahari sejengkal dengan kita. Matahari dunia yang di keraknya mencecah ribuan juta darjah kepanasannya di bahagian keranya dan sampai kepada kita 30c pun sudah kita tidak mampu.Cubalah kita bayangkan inikan pula kepanasan Akirat . Amat tidak mampulah kita hadapi.Sehinggakan mereka yang berada diketika itu memohon kepada Allah agar dimaksukkan mereka kedalam Neraka dengan segera kerana tidak mampu menghadapi kepanasan padang Mahsyar.Itu baru permulaan Padang Mahsyar. Dikatakan manusia akan berada disitu untuk lebih daripada 50 ribu tahun sebelum dimulakan hisab oleh Allah SWT apabila melalui proses yang sudah kita maklumi iaitu Syafaatul Uzma oleh junjungan kita Muhammad SAW. Satu persatu amalan kita akan dihisap. Allah sahaja yang mengetahui kesusahan demi kesusahan yang akan dihadapi kepada mereka-mereka yang mementingkan kemerdekaan dunia dengan menggadaikan kemerdekaan sebenar . Oleh itu wahai sahabat para Mujahid dan Mujahidah sekelian teruskan perjuangan kita membebaskan manusia daripada menyembah manusia dan kebendaan kepada penyembahan Allah tuhan sekelian makhluk. Agar kita mencapai kemerdekaan yang sebenar :
Maksud Firman Allah SWT
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali Imran ayat185.


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN
ALLAHU AKBAR.

DOA SENJATA BERBISA ORANG BERIMAN


Assalamualaikum
Sahabat seperjuangan sekelian,
Disaat dan ketika ini para pejuang kita sedang berjuang dan berjihad di Permatang Pasir demi melihat Islam didaulatkan.Mungkin kita diantara mereka mereka yang tidak dapat bersama sama dalam medan tersebut. Apakah kita hanya menunggu Jam 8.00 malam bagi mengetahui keputusannya? Apakah kita tidak ada jalan lain bagi membantu sahabat kita yang sedang berjuang disana? Sebenarnya, disamping kita beribadat dan beriktikaf di Masjid diawal Ramadan ini kita berdoalah untuk kejayaan Sahabat kita yang mewakili Jamaah kita. Doa adalah senjata orang beriman.
Wahai sahabatku.
Nabi kita Muhammad SAW didalam peperangan Muktah yang menyaksikan Islam bertembung dengan kuasa Rom yang amat besar 200,000 tentera manakala tentera Islam hanya 40,000 sahaja Allah berfirman didalam surah Al Baqarah:
Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Di dalam peperangan tersebut kita dapat melihat bagaimana tiga panglima Islam yang telah gugur
Syahid.Zaid bin Harisah , Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah dan Panji Islam akhirnya di serahkan kepada Saifun min suyufillah Khalid Al Walid. Didalam peperangan ini Rasulullah SAW tidak bersama pada zahirnya akan tetapi Rasulullah dan para sahabat yang lian bersama pada batinnya. Setiap kali sahabatmereka Syahid Rasulullah SAW menyatakan wahai sahabatku sekelian sahabat kita Zaid Bin Harisah telahpun syahid dan digantikan dengan Jaafar Bin Abi Talib semua sahabat Bertakbir Allahu Akbar. Seketika selepas itu ,Nabi Muhammad membuat pengumuman pula sahabat kita Jaafar Bin Abi Talib juga telahpun syahid dan digantikan dengan Abdullah Bin Rawahah.Para sahabat sambut dengan Takbir Allahu Akbar. Selepas itu, Nabi membuat pengumuman sekali lagi . Kali ini sahabat kita Abdullah bin Rawahah pula menemui Allah dalam keadaan Syahid . Para sahabat bertakbir Allahu Akbar.
Wahai sahabatku,
Inilah contoh kebersamaan mereka generasi Sahabat RA yang mendapat tarbiah Rasulullah. Marilah kita bersama berdoa untuk kemengan Islam umumnya dan khususnya untuk Permatang Pasir. Takbir,Allahu Akbar.

TEMU MESRA MAHASISWA KEDAH BERSAMA EXCO PEMUDA PAS DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH


Perjumpaan antara Tanzim Anak Kedah Lembah Kelang dengan Exco Dewan Pemuda Pas Kedah dan Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah berjaya diadakan pada 19 Ogos 2009 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Kedah.Seramai 80 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar IPT dalam dan luar negara hadir untuk sama-sama berkongsi maklumat dan mendapat penerangan lebih jelas tentang visi dan misi Dewan Pemuda Pas dibawah pimpinan Al Fadil Ust. Ahmad Bin Yahya dan perjalanan Pakatan Rakyat dalam memimpin kerajaan Negeri Kedah.



Peserta terdiri daripada pelajar IPT sekitar Lembah Kelang dan Kedah. Dalam Perjumpaan tersebut Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahya selaku perasmi dan Pengarah Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah , Ust Musoddak Hj Ahmad telah menyampaikan ucapan.
Turut diadakan sesi dialoge dengan wakil Kerajaan Negeri Kedah yang turut di hadir oleh Sdr. Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah dan Ustb Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia Menteri Besar Kedah.

Tuurt hadir Yb Nasir Zakaria, Ahli Perlimen Padang Terap, YB Izzat Shauki, ADUN Bukit Lada, Ust Salim Mahmud, Pengarah JPM, Sdr Ammar , Timbalan Presiden Persada.

Kesimpulannya, peserta berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan dan penjelasan isu-isu yang sebelum ini amat kabur bagi mereka . Mereka adalah suara Jamaah di Kampus . Mereka mengharapakan perjumpaan sebegini perlu diadakan secara berkala. InsyaAllah kami diperingkat JPM kedah akan berusaha mengadakan pertemuan sebegini sekerap mungkin. Sebagai makluman awal InsyaAllah saban tahun pihak JPM menganjurkan Ijtimak AidilFitri pada hari Raya ke 3 bagi menghimpunkan semua pelajar,mahasiswa dalam dan luar negara berdialog dan mendengar taujihad daripada pimpinan Jamaah dan kerajaan negeri,walau bagaimanapun maklumat lanjut akan dimaklum kemudian.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan perjumpaan ini daripada Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dan Uusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah serta pihak Perpustakaan Awan Negeri Kedah diatas kemudahan yang disediakan.