1000 MAHASISWA/WI KEDAH BANJIRI SERI MENTALON
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 4:34 PMALOR SETAR : 3 Syawal 1430H bersamaan 22 September 2009. .Hampir 1000 mahasiwa dan mahasiswi Kedah daripada seluruh institusi pengajian tinggi seluruh negara yang pulang beraya tidak melepaskan peluang mendengar amanat daripada Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon .Ijtimak Aidil Fitri ini yang dianjurkan saban tahun menjelag 3 Syawal merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Kedah (PERSADA ) sebagai wadah dan saluran kepada Mahasiswa bagi mengetahui perkembangan Kerajaan Negeri Kedah dan medan kepada Mahasiswa memberi pandangan kepada Kerajaan Negeri. Mahasiswa melahirkan rasa gembira kerana setelah mendengar ucapan dan amanat daripada YAB Dato` Seri Ust. Azizan Bin Abd. Razak mereka perpeluang berdialong bersama YAB Menteri Besar.YB Dr Hamdan Khalid Exco Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio belia merangkap penasihat Program Ijtimak Aidil Fitri turut menyampaikan ucapan . Sdr Syazwan pengarah program merangkap Presiden PERSADA menyampaikan ucapan aluan sebagai penganjur. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran dua Exco Kerajaan Negeri YB Dato` Amirudin Bin Hamzah dan YB Dato` Taulan Mat Rasul. Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ust. Ahmad Bin Yahya dan Ust. Musaddak Bin Ahmad Ketua Urusetia Belia Kedah ( mantan ketua DPPNK), Sdr Muhd.Sanusi Bin Md. Nor setiausaha politik MB, Sdr Yusri Zakri bin Adnan Pegawai Khas MB,Sdr Helmi Bin Khalid Pegawai Khas MB, YB Ust Nasir Bin Zakaria Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah danYB Ust Ahmad Izzat Shauqi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah. Exco Pemuda Pas yang turut hadir ialah Ust Azam Bin Samad , Fadzil Bin Baharom,Azman Bin Ahmad dan Ust Salim Bin Mahmood .Majlis dialog turut diadakan selepas ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar.Ahli panel terdiri daripada YB Dr Hamdan Khalid,Saudara Muhd Sanusi Bin Md Nor dan Ust Ahmad Bin Yahya dan dipengerusikan oleh Saudara Syazwan Ahmad Presiden Persada.Pihak penganjur ingin memohon kemaafan diatas segala kekurangan dan Insyaalah pada masa akan datang pihak penganjur akan memastikan ianya mengikut jadual masa yang ditetapkan .
APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN SEBAGAI MAHASISWA
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 5:57 PMPengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata peningkatan itu membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673 pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005).
Bagaimanapun, katanya pelajar lelaki kekal sebagai golongan paling ramai melakukan kesalahan jenayah iaitu 6,090 pada 2007 berbanding 5,423 kes pada 2006.
Katanya, pada 2001, kes salah laku jenayah membabitkan pelajar perempuan sebanyak 100 dan ia meningkat kepada 600 kes dalam tempoh enam tahun.
“Pembabitan pelajar perempuan dalam salah laku jenayah memberi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan wajar kerana dikhuatiri akan terus meningkat.
“Pelajar perempuan sering dikaitkan sebagai golongan mematuhi disiplin serta tekun dalam bilik darjah dan dilihat mula terkeluar daripada norma hidup apabila turut terbabit dengan jenayah yang lazimnya membabitkan pelajar lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamed Fadzil berkata, pelajar perempuan berdepan krisis identiti apabila mencecah usia remaja dan dalam proses mencari itu ada antara mereka berdepan kekeliruan yang disebabkan pendedahan kepada beberapa unsur.
Katanya, sebagai contoh, aksi lasak dan ganas yang ditonjolkan dalam filem mempengaruhi perlakuan mereka dan pelajar perempuan akan melakukan perbuatan yang dilihat betul seperti bergaduh dan pukul, manakala idola bersifat kasar dan ganas menjadi ikutan.
“Kajian juga mendapati, pelajar perempuan yang terbabit dengan kes jenayah berpunca tekanan dan dorongan serta cabaran rakan sebaya
“Rakan sebaya adalah golongan yang paling rapat dan pengaruh rakan lelaki juga menyumbang kepada salah laku jenayah,” katanya.
Sifat pelajar perempuan kata Mohamed Fadzil, cuba menguasai dan mereka lebih berani apabila berkumpulan, termasuk mencari rakan untuk melakukan kesalahan bersama.
Paling jelas, beliau berkata, pelajar perempuan tidak akan melakukan kesalahan antaranya ponteng sekolah, vandalisme dan penyalahgunaan dadah berseorangan kerana perbuatan secara berkumpulan lebih selamat.
Katanya, pelajar perempuan tidak akan terjebak dengan salah laku jenayah jika mereka mendapat perhatian serta didikan yang betul di rumah.
KESUNGGUHAN KERAJAAN NEGERI KEDAH MEMPERTAHANKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 5:13 PMKITA SEMUA LAYAK MENDAPAT KELEBIHAN LAILATUL QADAR
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 7:15 PMKehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.
Didalam kitab Fath Al-Basri tidak kurang 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar
1- 10 terakhir - Nabi SAW membangunkan keluarganya sejak malam 21
2- Malam 24 - Abdullah bin Masud Asy-Sya`bi, Al Hasan dan Qatadah.alasannya ialah kerana ada hadis yang menyatakan Al Quran diturunkan pada malam tersebut.
3- Malam 17 - Dalil ayat 41 surah Al Anfal
Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang[613], Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil[614], jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa[615] yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqaan[616], yaitu di hari bertemunya dua pasukan. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[616] Furqaan ialah: pemisah antara yang hak dan yang batil. yang dimaksud dengan hari Al Furqaan ialah hari jelasnya kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir, yaitu hari bertemunya dua pasukan di peprangan Badar, pada hari Jum'at 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijriah. sebagian Mufassirin berpendapat bahwa ayat Ini mengisyaratkan kepada hari permulaan Turunnya Al Quranul Kariem pada malam 17 Ramadhan.
4- Para ulama' yang zuhud melalui pengalaman
Kesimpulannya, kita semua layak memerima kelebihan Lailatul Qadar sekiranya setiap malam kita beribadat kepada Allah SWT. Bilakah bermulanya malam ialah selepas jatuhnya dan terbenamnya matahari dan waktunya akan habis sehinggalah terbinya fajar. Jika kita amat lemah untuk bangun malam maka cubalah lewatkan tidur kita. Selepas maghrib juga malam.Jangan sia-siakan waktu yang ada dengan zikrullah .Kesemua ini ialah petua kepada kita ,apa yang penting ialah kita beribadat sepanjang malam Ramadan insyaAllah kita akan mendapat kelebihannya . Jauhkan segala maksiat kerana iannya juga akan digandakan serupa dengan kehebatan dan kemuliannya.Ya Allah kurniakan kekuatan kepada kami untuk beribadah kepadaMu Ya Allah dan bantulah kami daripada melakukan maksiat kepadaMu Ya AllahERI
Sumber :
http://www.ikim.gov.my
KEPENTINGAN TAHALUF SIASI
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 4:52 PMBagi pendokong Islam mereka memahami jika dasar perjuangan adalah kerana Islam, segala kepincangan, kelemahan, permasalahan dan ujian itu semua adalah tarbiyah daripada Allah dan pasti ada jalan, ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan tersebut. Berbeza dengan dasar perjuangan kerana kekufuran, sesuatu isu biasanya akan lebih merosakkan lagi kumpulan dan gerakan tersebut. Begitu juga dengan kemenangan. Jika menang gerakan Islam itu, ia adalah pertolongan Allah. Jika menangnya kumpulan pejuang kekufuran ia hanyalah istidraj. Apatah lagi dalam dunia politik yang diistilahkan oleh Rasulullah sebagai ‘peperangan itu tipu daya’ pasti banyak perkara yang kadang-kadang para pendokong Islam sendiri terkeliru dan berselisih dan golongan lawan lazimnya akan mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu tersebut. Di sinilah yang ditekankan agar kita dapat membezakan mana satu isu, masalah atau ia mungkin hanya satu provokasi dalam propaganda perang saraf. Maka, alangkah malang dan tidak berbaloinya menjadi ghanimah perang saraf!
RUANG KETERBUKAAN ISLAM : TAHALLUF SIASI
Antara ciri-ciri Islam adalah manhajnya bersifat syumul berdasarkan al-Quran, sunnah, qias dan ijma’ seperti yang disepakati. Fleksibelnya Islam, ia tidak pernah meninggalkan sejuzuk pun elemen hidup manusia dari sekecil-kecil perkara sejak manusia bangun dari tidur hinggalah ia tidur semula. Jika perkara sekecil ini Islam ada menggariskan dan menyusun tertibnya, maka adakah bisa diterima akal dalam urusan menyusun dan mentadbir negara tidak disentuh oleh Islam? Betapa pincangnya fahaman dengan meletakkan tanggungjawab hidup harian di pundak Islam tetapi di sisi lain menghalalkan konsep sekularisma. Syumulnya Islam adalah bukti bahawa Islam benar-benar membawa rahmat ke seluruh alam tanpa mengira siapa jua makhluk dan manusia sama ada Islam atau kuffar. Persoalannya.. bagaimana golongan kuffar boleh merasa nikmat dan rahmat daripada Islam? Salah satunya adalah melalui politik Islam melalui kaedah seperti apa yang disebut sebagai tahalluf siasi.
Dalam ruangan yang sangat terhad ini mustahil bagi penulis untuk membentangkan secara menyeluruh akan perbahasan tahalluf siasi. Maka, saya mengambil pendekatan untuk membentangkan perkara asas sahaja. Secara umumnya, tahalluf bermaksud suatu perjanjian persefahaman untuk bekerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Ia boleh terjadi melalui beberapa situasi iaitu pertama, berlaku antara kumpulan Islam. Kedua, berlaku dengan golongan bukan Islam. Ketiga, ia berlaku antara sesama golongan jahiliyyah. Dari segi kaedah hukum, ia diizinkan syara’ apabila melengkapi syarat-syarat yang boleh dilaksanakan tahalluf dan bukan ketika mana tahalluf tidak diizinkan.
Syarat-Syarat Tahalluf Siasi
Syarat Pertama : Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip
1. Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib khasnya Abu Tolib walaupun mereka tidak Islam tetapi mereka mempertahankan Rasulullah. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabdanya yang masyhur :
“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya ataupun aku mati kerananya”. Suatu kerjasama antara Rasulullah dengan Abu Talib bukan Islam.
2. Hubungan Abu Bakar dengan Ibn Dugnah yang sedia memberi perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibn Dugnah mensyaratkan Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.
Maslahah yang Diizinkan
Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat
Apabila semakin ramai orang Islam yang terjebak dengan pelbagai ideologi asing (seumpama sekularisme, komunisme, sosialisme), dan ketika itu pula kedapatan kumpulan bukan Islam yang sanggup memberikan laluan kepada perlaksanaan Islam untuk mencantas ideologi asing ini. Maka hubungan dengan kumpulan ini boleh dibuat dalam konteks berkerjasama ketika berpilihanraya, persidangan dewan dan seumpamanya dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaannya dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka.
Ini berlandaskan kepada dalil Pembentukan Piagam Madinah dengan puak muhajirin Quraish dan puak Yahudi yang bermastautin di Madinah. Dalam konteks Piagam Madinah ini disebut bahawa Rasulullah telah sanggup mengorbankan dua perkara kecil (tetapi besar pada pandangan kita dan orang yang tidak memahami) yang turut tidak dipersetujui oleh dua sahabat besar baginda iaitu Saidina Umar dan Saidina Ali iaitu:- Menghilangkan perkataan Bismillah pada permulaan isi perjanjian piagam iniMenghilangkan perkataan Muhammad Rasulullah sesudah Muhammad dan diganti dengan hanya Muhammad bin Abdullah sahaja.
Apapun penghapusan ini tidak menjejaskan isi kandungan asas Piagam Madinah (terdapat 47 fasal dan peraturan) yakni menuntut agar semua puak Muhajirin Quraisy dan 12 Kabilah Yahudi yang berada di Madinah ketika itu untuk bernaung di bawah pentadbiran dan pemerintahan yang ditunjangi oleh Rasulullah.
Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan MoralDalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah: “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”
Syarat Kedua : Mengakui Kepimpinan Islam dan Tidak Menjejaskan Matlamat Perjuangan
1. Rasulullah menangguhkan Tahalluf dengan puak Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya apabila menerima ancaman musuh di mana Bani Syaiban menyatakan mereka tidak sanggup menghadapi Parsi tetapi sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja jika berlaku peperangan ketika Piagam Madinah dibentuk.Rasulullah membatalkan cadangan untuk Tahalluf dengan Bani Amar apabila mereka mahu bekongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islamnya dalam Piagam Madinah.
Syarat Ketiga : Tidak Berwala’ Kepada Musuh dan Tidak Redha dengan Pakatan Mereka Mengakui dengan kepimpinan orang bukan Islam dan bertahalluf dengan musuh Islam untuk memerangi orang Islam. Firman Allah:-
“Janganlah orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai wali dengan meninggalkan orang yang beriman. Barangsiapa yang berbuat demikian maka lepas dia dari Allah, melainkan kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksanya) dan hanya kepada Allah kembalimu”
Berwali bermakna menjadikannya sebagai pemimpin, teman akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membinasakan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan hijrah dan sebagainya.
Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)
Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam.
Mereka Menolong Kita
Menurut As-Syeikh Syed Sabiq dalam Fiqus Sunnah – Harus menerima pertolongan orang-orang fasik dan munafik kerana Rasulullah membenarkan Abdullah bin Ubai menyertai peperangan bersama-samanya dan kisah penyertaan Abu Mahjan yang mabuk dalam peperangan menentang Quraisyh. Adapun pertolongan dari orang kafir, terdapat khilaf di kalangan fuqaha’:-
1. Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharuskannya secara mutlak. Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang Islam yang mengusai urusannnya.
2. Imam Syafei mengharuskannya dengan dua syarat:-
2.1 Apabila orang Islam dalam keadaan lemah
2.2 Apabila didapati orang bukan Islam itu cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya. Dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukan bahagian ghanimah (harta rampasan perang)
Kita Menolong Mereka
Menurut Syahrusi dalam kitab al-Mabsut dan Syeibani dalam kitab al-syairul kabir, Rasulullah menghantar Tamar Ajwad kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Mekah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Mekah dilanda kemarau.Menurut Ibnu Qaim al Jawazih dalam kitab Ziadul Ma’ad, apabila Samamah bin ‘Asal, seorang pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau telah memerintah supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Mekah sehingga Mekah berada dalam kesempitan hidup. Berikutan itu pimpinan Musyrikin Mekah mengutus wakil untuk merayu kepada Rasulullah supaya menasihati Samamah agar menghentikan sekatan tersebut dan ini dilaksanakan.
KESIMPULAN
Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-
1. Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-
Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
Mengiktiraf negara Islam
Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
2. Tanpa Membentuk Negara:-
Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar
Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya
Berlindung sementara di masa lemah
Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah Islamiyah (gerakan Islam)
Berdasarkan konsep asas tahalluf siayasi yang dibentangkan, kita melihat bagaimana bijaksananya Rasulullah dalam menangani golongan bukan Islam tetapi dalam masa yang sama matlamat syiar Islam tetap dipertahan walaupun secara zahirnya nampak mengenepikan Islam seperti dalam peristiwa pembentukan Piagam Madinah. Namun, natijahnya dapat kita lihat bagaimana kefahaman Islam dapat disebarkan, golongan bukan Islam semakin berani mendekati Islam, hatta semakin ramai pula yang memeluk Islam tanpa sebarang ancaman. Dan, kemuncaknya ia membawa kepada Fathul Makkah sehingga terbentuknya Khilafah Islamiyah yang pertama dalam sejarah peradaban manusia. Inilah bukti Islam itu pembawa rahmat kepada semua makhluk sama ada Islam atau tidak. Dan sebagai pendokong gerakan Islam setiap ruang dan peluang mesti diambil untuk menjadi medan namun, tanpa mengorbankan prinsip Islam sebagai gadaian. Namun, bukan pula bermakna Islam ini mendokong kefahaman Michavelli iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’. Kerana konsepnya, selagi mana ruang dan peluang tersedia untuk kepentingan Islam, ia akan menjadi medan tanpa mengorbankan prinsip Islam sebagai gadaian. ‘Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut’.
Maka, perkara pertama kita kena faham ialah politik itu sifatnya dharuri. Politik Islam itu adalah ruang dan peluang. Kaedah-kaedah dalam politik Islam itu sebagai garis panduan dan guideline. Tinggal lagi, kita perlu membuat penilaian semula dan perbandingan dengan kaedah yang digunakan pada hari ini. Almarhum Ustaz Fadhil pernah berkata bahawa cara tahalluf siasi yang dibawa oleh gerakan Islam PAS sedang diperhati oleh seluruh gerakan Islam di muka bumi ini. Perkara ini kerana PAS adalah gerakan Islam yang pertama bertahalluf dengan non-muslim dalam usaha menegakkan negara Islam. Dalam kata lain tahalluf siasi yang digunakan di Malaysia ini masih dalam percubaan.
“Manusia melihat apa yang dia mahu lihat dan siapa dirinya menentukan bagaimana dia melihat”. Dalam kita melihat sesuatu perkara, kita kena menyedari bahawa kitalah yang menentukan apa yang kita lihat. Kitalah sebenarnya yang menentukan sama ada ia adalah sebenarnya isu ataupun symptom isu dan adakah ia benar-benar isu yang boleh diketengahkan. Apatah lagi kewujudan media hari ini menuntut kita lebih berhati-hati untuk mengambil ia sebagai sumber dalil. Semua ini memerlukan kepada ketajaman pemerhatian, kewarasan dan rasional dalam membuat pertimbangan yang akan membentuk pemahaman dan menjadi satu kesimpulan seterusnya akan diterjemahkan dalam bentuk keputusan sehingga di akhirnya adalah tindakan dan pelaksanaan. Tinggal lagi perkara yang kita perlu ambil perhatian ialah sikap buru-buru dan emosi agar tidak menjadi mekanisma proses ini yang boleh menatijahkan mafsadah dan khalal. Di sinilah pentingnya kita perlu mengusai isu-isu dasar.
خلق الإنسان من عجل
Meletakkan amaran al-Quran dan Hadits sebagai guideline terhadap diri sendiri adalah jalan terbaik sebagai peringatan agar kita tidak terjerumus dalam sempadan fitnah. SIKAP, MENTALITI atau cara kita berfikir mesti diolah dengan baik. Jangan mudah melatah dan terus menghukum sebaliknya perlu MENGKAJI dan BERTANYA. Tidak kira isu itu betul atau tidak. Kita perlu membuat penilaian. Mata, kadang salah menilai, mulut kadang salah berbicara kerana dunia lebih banyak yang indah khabar dari rupa.
إذا جاءكم فاسق بينكم فتبينوا اللهم فقهنا فى الدين وعلمنا تأويل واهدنا إلى صراط المستقيم
Sumber : Manhaj Daurah TadribiyahKertas Kerja Menguasai Isu Dasar Dalam Pilihanraya, Memahami Hukum Tahalluf As Siasi (syiria)
MESYUARAT KHAS JPM
Posted by Jabatan Pembangunan Mahasiswa at 1:34 AMMESYUARAT KHAS JPM
TARIKH : 2 SEPT 2009
HARI: RABU
MASA: 5 PETANG
TEMPAT: MARKAZ PAS KAWASAN POKOK SENA
AGENDA MESYUARAT
1- Cadangan Perlantikan Pengarah JPR baru
2- Lawatan Ke Lembah Kelang.
3-Gerak kerja S. Putih
4-laporan Himpunan
5-Ijtimak Idil Fitri
6. Lain-lain hal.