DOA SENJATA BERBISA ORANG BERIMAN


Assalamualaikum
Sahabat seperjuangan sekelian,
Disaat dan ketika ini para pejuang kita sedang berjuang dan berjihad di Permatang Pasir demi melihat Islam didaulatkan.Mungkin kita diantara mereka mereka yang tidak dapat bersama sama dalam medan tersebut. Apakah kita hanya menunggu Jam 8.00 malam bagi mengetahui keputusannya? Apakah kita tidak ada jalan lain bagi membantu sahabat kita yang sedang berjuang disana? Sebenarnya, disamping kita beribadat dan beriktikaf di Masjid diawal Ramadan ini kita berdoalah untuk kejayaan Sahabat kita yang mewakili Jamaah kita. Doa adalah senjata orang beriman.
Wahai sahabatku.
Nabi kita Muhammad SAW didalam peperangan Muktah yang menyaksikan Islam bertembung dengan kuasa Rom yang amat besar 200,000 tentera manakala tentera Islam hanya 40,000 sahaja Allah berfirman didalam surah Al Baqarah:
Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Di dalam peperangan tersebut kita dapat melihat bagaimana tiga panglima Islam yang telah gugur
Syahid.Zaid bin Harisah , Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah dan Panji Islam akhirnya di serahkan kepada Saifun min suyufillah Khalid Al Walid. Didalam peperangan ini Rasulullah SAW tidak bersama pada zahirnya akan tetapi Rasulullah dan para sahabat yang lian bersama pada batinnya. Setiap kali sahabatmereka Syahid Rasulullah SAW menyatakan wahai sahabatku sekelian sahabat kita Zaid Bin Harisah telahpun syahid dan digantikan dengan Jaafar Bin Abi Talib semua sahabat Bertakbir Allahu Akbar. Seketika selepas itu ,Nabi Muhammad membuat pengumuman pula sahabat kita Jaafar Bin Abi Talib juga telahpun syahid dan digantikan dengan Abdullah Bin Rawahah.Para sahabat sambut dengan Takbir Allahu Akbar. Selepas itu, Nabi membuat pengumuman sekali lagi . Kali ini sahabat kita Abdullah bin Rawahah pula menemui Allah dalam keadaan Syahid . Para sahabat bertakbir Allahu Akbar.
Wahai sahabatku,
Inilah contoh kebersamaan mereka generasi Sahabat RA yang mendapat tarbiah Rasulullah. Marilah kita bersama berdoa untuk kemengan Islam umumnya dan khususnya untuk Permatang Pasir. Takbir,Allahu Akbar.

0 comments:

Post a Comment