TEMU MESRA MAHASISWA KEDAH BERSAMA EXCO PEMUDA PAS DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH


Perjumpaan antara Tanzim Anak Kedah Lembah Kelang dengan Exco Dewan Pemuda Pas Kedah dan Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah berjaya diadakan pada 19 Ogos 2009 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Kedah.Seramai 80 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar IPT dalam dan luar negara hadir untuk sama-sama berkongsi maklumat dan mendapat penerangan lebih jelas tentang visi dan misi Dewan Pemuda Pas dibawah pimpinan Al Fadil Ust. Ahmad Bin Yahya dan perjalanan Pakatan Rakyat dalam memimpin kerajaan Negeri Kedah.



Peserta terdiri daripada pelajar IPT sekitar Lembah Kelang dan Kedah. Dalam Perjumpaan tersebut Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah Ustaz Ahmad Bin Yahya selaku perasmi dan Pengarah Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah , Ust Musoddak Hj Ahmad telah menyampaikan ucapan.
Turut diadakan sesi dialoge dengan wakil Kerajaan Negeri Kedah yang turut di hadir oleh Sdr. Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah dan Ustb Rosli Azmi, Pegawai Khas Belia Menteri Besar Kedah.

Tuurt hadir Yb Nasir Zakaria, Ahli Perlimen Padang Terap, YB Izzat Shauki, ADUN Bukit Lada, Ust Salim Mahmud, Pengarah JPM, Sdr Ammar , Timbalan Presiden Persada.

Kesimpulannya, peserta berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan dan penjelasan isu-isu yang sebelum ini amat kabur bagi mereka . Mereka adalah suara Jamaah di Kampus . Mereka mengharapakan perjumpaan sebegini perlu diadakan secara berkala. InsyaAllah kami diperingkat JPM kedah akan berusaha mengadakan pertemuan sebegini sekerap mungkin. Sebagai makluman awal InsyaAllah saban tahun pihak JPM menganjurkan Ijtimak AidilFitri pada hari Raya ke 3 bagi menghimpunkan semua pelajar,mahasiswa dalam dan luar negara berdialog dan mendengar taujihad daripada pimpinan Jamaah dan kerajaan negeri,walau bagaimanapun maklumat lanjut akan dimaklum kemudian.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan perjumpaan ini daripada Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dan Uusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah serta pihak Perpustakaan Awan Negeri Kedah diatas kemudahan yang disediakan.

0 comments:

Post a Comment