1000 MAHASISWA/WI KEDAH BANJIRI SERI MENTALON




ALOR SETAR : 3 Syawal 1430H bersamaan 22 September 2009. .Hampir 1000 mahasiwa dan mahasiswi Kedah daripada seluruh institusi pengajian tinggi seluruh negara yang pulang beraya tidak melepaskan peluang mendengar amanat daripada Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon .Ijtimak Aidil Fitri ini yang dianjurkan saban tahun menjelag 3 Syawal merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Kedah (PERSADA ) sebagai wadah dan saluran kepada Mahasiswa bagi mengetahui perkembangan Kerajaan Negeri Kedah dan medan kepada Mahasiswa memberi pandangan kepada Kerajaan Negeri. Mahasiswa melahirkan rasa gembira kerana setelah mendengar ucapan dan amanat daripada YAB Dato` Seri Ust. Azizan Bin Abd. Razak mereka perpeluang berdialong bersama YAB Menteri Besar.YB Dr Hamdan Khalid Exco Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio belia merangkap penasihat Program Ijtimak Aidil Fitri turut menyampaikan ucapan . Sdr Syazwan pengarah program merangkap Presiden PERSADA menyampaikan ucapan aluan sebagai penganjur. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran dua Exco Kerajaan Negeri YB Dato` Amirudin Bin Hamzah dan YB Dato` Taulan Mat Rasul. Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ust. Ahmad Bin Yahya dan Ust. Musaddak Bin Ahmad Ketua Urusetia Belia Kedah ( mantan ketua DPPNK), Sdr Muhd.Sanusi Bin Md. Nor setiausaha politik MB, Sdr Yusri Zakri bin Adnan Pegawai Khas MB,Sdr Helmi Bin Khalid Pegawai Khas MB, YB Ust Nasir Bin Zakaria Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah danYB Ust Ahmad Izzat Shauqi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah. Exco Pemuda Pas yang turut hadir ialah Ust Azam Bin Samad , Fadzil Bin Baharom,Azman Bin Ahmad dan Ust Salim Bin Mahmood .Majlis dialog turut diadakan selepas ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar.Ahli panel terdiri daripada YB Dr Hamdan Khalid,Saudara Muhd Sanusi Bin Md Nor dan Ust Ahmad Bin Yahya dan dipengerusikan oleh Saudara Syazwan Ahmad Presiden Persada.Pihak penganjur ingin memohon kemaafan diatas segala kekurangan dan Insyaalah pada masa akan datang pihak penganjur akan memastikan ianya mengikut jadual masa yang ditetapkan .

0 comments:

Post a Comment