KEM BINA SAHSIAH 2009

Kem Bina Sahsiah (KBS) 2009 akan bermula pada 1 hingga 21 Disember ini bertempat di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Kem ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan kendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat Kem Bina Sahsiah . Program ini diletakkan dibawah Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah dibawah YB Dr. Ismail bin Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kem ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1991 hingga 1994 ( 15-18 Tahun). Yuran Penyertaan yang dikenakan sebanyak RM150.00. Penerimaan penyertaan berdasar peserta yang membuat pendaftaran awal dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat.

Perlaksanaan kem ini melibatkan tiga fasa selama 3 minggu.

FASA 1- Pengenalan asas peserta dan pembinaan sahsiah diri
FASA 2- Perkhemahan ( luar Kawasan )
FASA 3- Pemantapan sahsiah diri.

Kem ini akan dikendalikan oleh Sekretariat dan barisan fasilitator yang berpengalaman sejak kem ini dimulakan 5 tahun lepas.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Rosli Azmi , Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah Hal Ehwal Belia No Hp 019 4706247 atau Pejabat 04 7302137.

Peserta yang berminat boleh hantar nama melalui sms yang mengandungi maklumat berikut:-
1. Nama Peserta
2. No KP
3. Alamat surat menyurat
4. No Tel/Hp untuk dihubungi

Semua peserta mestilah membuat pembayaran awal untuk mengesahkan penyertaan. Cara Bayaran pendaftaran akan dimaklumkan kemudian.

0 comments:

Post a Comment